Wednesday, February 24, 2010

Pengistiharan JOM NGAJI Blog

Dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini mengistiharkan pembukaan blog JOM NGAJI sebagai ruang mendapatkan ilmu.

Ingat! firman Allah SWT " Wajib bagi setiap Muslim mempelajari 3 ilmu iaitu Ilmu Quran, Ilmu Hadith dan Ilmu Fara'id." dan yang lain adalah bonus.

Juga diingatkan - "Jangan kamu mengamalkan sesuatu yang kamu tiada ilmunya".

Ingat pesanan Nabi SAW - " Aku tinggalkan kalian 2 perkara- Quran & Sunnahku. Jika kalian rujuk kepada 2 perkara ini, kalian tidak akan sesat selama2nya, di dunia & di akhirat.

Ingat pesanan Nabi SAW - " Sesiapa yang mengamalkan sesuatu bukan amalan ku Nabi, amalan itu akan ditolak "


JOM NGAJI


( Disebab perkara teknikal, di sini hanya dapat diturunkan tafsirannya. Bacalah bersama dengan Al-Quran sebagai rujukan yang benar.)

Al-Fatihah - Surah 1 - 7 ayat ( Makkaiyah)

1. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

( P: Segala2 yang kita nak lakukan dalam hidup kita ini hendaklah dimulai dengan nama ALLAH pencipta yang mempunyai zat/sifat maha pengasih atau pemurah kepada SEMUA makluknya dimuka bumi ini dan Allah juga mempunyai zat/sifat penyayang kepada KHUSUS untuk manusia yang telah bersyahdah mengaku Tuhan yang Esa.)

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

( P:Dengan bersyahdah kepada Allah, kita perlu memberi kepujian kepadanya dan mengaku Allah itu Tuhan seluruh alam, tiada yang lain.)

3. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

( P: Ianya mempunyai zat pengasih/pemurah kepada semua makhluknya dan Penyayang khusus kepada manusia yang telah bersyahdah mengaku Tuhan yang Esa.)

4. Pemilik Hari Pembalasan.

( P: Hari pembalasan/yaumiddin - hari waktu manusia menerima pembalasan atas amalannya, baik atau buruk. Disebut juga yaumul qiyamah, yaumul hisab dan sebagainya.)

5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.

( P: Dengan lafasan syahdah, manusia telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah yang satu - jauhkan amalan syirik - dan kepadanya juga manusia patut memohon pertolongan kerana Allah adalah pencipta segala2nya dan berkuasa atas segala ciptaannya. Tiada akan berlaku sesuatu tanpa izin dan urusannya.)

6. Tujukkilah kami jalan yang lurus.

( P: Kita hendaklah memohon supaya kita ditunjukkan jalan hidup yang benar, yang dapat memberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat, jalan yang Allah redha kerana hanya Allah saja yang lebih mengetahui atas segala2nya.)

7. Iaitu jalan orang2 yang telah Engkau memberi nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

( P: Mereka yang dimurkai adalah mereka yang sengaja menentang ajaran Islam, agama yang telah disempurnakan dan mereka yang sesat pula adalah mereka yang sengaja mengambil jalan lain selain dari ajaran Islam.)

Nota:

a) Al-Fatihah adalah raja segala surah, olih itu kita perlu pahami dan menghayati kandungannya.

b) Surah ini wajib dibaca dalam setiap solat. Kalau kita memahami isi kandungannya dan menghayati makna surah ini, nescaya solat kita bolih lebih kusyu' dan kita dapat menguatkan iman dan ketaqwaan kita kepada Allah. Sebaliknya, jika kita tidak atau kurang memahami makna surah yang kita baca ini, maka ada kemungkinan kurang peningkatan dan tahap keimanan kita yang akhirnya tidak atau kurang memberi ketenangan dalam jiwa dan seterusnya tidak atau kurang keselesaan dalam kehidupan harian kita.

c) Olih demikian, untuk mengamalkan sesuatu terbaik, kita perlu ada ilmunya. Segala amalan/perilaku kita dalam ibadah, perlulah bersandarkan dalil2 dari Quran & Hadith semuga kita tidak sesat selama2nya, di dunia dan akhirat. Cara yang terbaik ialh mengaji secara manqul, asnat dan mutasir.

- PN - Feb10

No comments:

Post a Comment