Tuesday, March 9, 2010

AL-BAQARAH – 2: 30 – 39/286

Penciptaan Manusia Dan PenguasaanNya di Bumi

30. Dan tatkala berfirman Tuhan kamu pada para malaikat sungguh Aku menjadilkan di bumi khalifah ( wakil) mereka berkata “apakah engkau akan menjadikan di dalamnya orang yang merosak di dalamnya dan menumpahkan darah dan kami kami bertasbih dengan memuji Mu dan kami menyucikan namaMu bagi Mu?” dia berfirman “sungguh aku aku lebih mengerti dengan apa2 yang tidak kalian ketahui”.

- Khalifah bermakna pengganti, pemimpin atau penguasa

31. Dan Dia mengajarkan ( kepada) Adam nama-nama ( benda-benda) seluruhnya kemudian Dia mengemukakannya kepada para malaikat maka Dia berfirman “ sebutkan kepada Ku (dengan) nama-nama ( benda-benda) ini semua jika kalian adalah orang-orang yang benar”.

32. Mereka ( malaikat) berkata ( menjawab) Maha Suci Engkau tidak ada pengetahuan bagi kami ( malaikat) kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami sungguh Engkau Engkaulah Yang Maha Mengetahui Maha Bijaksana.

- sebenarnya terjemahan “hakim” dengan “ Mah Bijaksana” kurang tepat kerana makna “hakim”ialah: yang mempunyai hikmah dan hikmah ialah penciptaan dan penggunaan sesuatu sesuai dengan sifat, guna dan faedahnya. Di sisni dimaksudkan dengan “Maha Bijaksana” kerana dianggap maksud tersebut hampir mendekati makna “hakim”

33. Dia ( Allah) berfirman “wahai Adam beritahukanlah kepada mereka nama-namanya ( benda-benda ini ) maka setelah ia ( Adam) memberitahu pada meraka nama-namanya Dia berfirman “ bukankah aku telah katakan kepada kalian bahawa aku Aku lebih mengetahui kegaiban (rahsia) langit dan bumi dan Aku lebih mengetahui apa yang kalian nyatakan dan apa yang kalian adalah kalian sembunyikan.

- Allah lebih mengetahui segala rahasia di langit dan di bumi dan apa yang kalian nyatakan dan apa yang kalian sembunyikan.

34. dan tatkala Kami berfirman kepada para malaikat “ sujudlah/tunduklah kepada Adam” maka mereka bersujud kecuali Iblis ia enggan dan dia menyombongkan diri dan ia adalah dari ( termasuk) golongan orang-orang kafir.

- Sujud di sini bererti menghormati dan memuliakan Adam, bukan bererti sujud memperhambakan diri kerana sujud memperhambakan diri itu hanyalah semata-mata kepada Allah.
- Iblis termasuk kelompok jin dan termasuk yang diperintah untuk sujud.


35. Dan kami berfirman “ wahai Adam, tinggallah/diamlah kamu dan isteri kamu syurga (ini) dan makanlah kalian berdua daripadanya (hingga) puas sebagaimana kalian berdua sukai dan janganlah kalian dekati ini pohon maka kalian berdua adalah dari/ termasuk orang-orang yang zalim”.
- Menurut syaitan, sesiapa yang memakan buah pohon itu akan kekal di dalam syurga ( rujuk surah Taha -20: 120 ).
- Zalim ertinya aniaya . orang yang zalim ialah orang yang melakukan perbuatan aniaya, yang merugikan dirinya sendiri mahu pun orang lain.


36. Maka menggelincirkan keduanya syaitan daripadanya maka (Allah) mengeluarkan keduanya dari apa ( tempat) adalah keduanya di dalamnya dan Kami berfirman “turunlah /pergilah kalian sebahagian kalian bagi sebahagian yang lain menjadi musuh dan bagi kalian di bumi tempat tinggal dan kesenangan sampai waktu yang ditentukan”.

- Lalu syaitan memperdayakan Adam & Hawa yang memakan buah pohon yang dilarang itu yang mengakibatkan kedua-dua di keluarkan dari syurga dan Allah menyuruh mereka turun ke dunia. Yang dimaksudkan syaitan di sini ialah iblis yang disebut dalam ayat 34 surah Al-Baqarah di atas.
- Apa tempat itu bermaksud syurga dengan kenikmatan, kemewahan dan kemulian hidup yang asal.



37. Maka menerima Adam dari Tuhannya beberapa kalimat maka dia menrima taubat atasnya sungguh Dia Dia Maha Penerima Taubat Maha Penyayang.

- Kalimat itu ada ditafsirkan adalah ajaran-ajaran dari Tuhan yang diterima olih Adam dan ada mentafsirkan sebagai ucapan untuk memohon ampun ( taubat).


38. Kami berfirman “ turunlah kalian darinya ( syurga) semuanya kemudian jika datang kepada kalian dari-Ku petunjuk maka siapa yang mengikuti petunjuk-Ku maka tidak (ada) rasa takut atas mereka dan tidak mereka bersedih.


39. Dan orang-orang yang (mereka) kafir dan mendustakan dengan ayat-ayat Kami mereka itulah penghuni neraka mereka di dalamnya mereka kekal.

No comments:

Post a Comment